suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Persiapan Awal Elak Terperangkap Dalam Kesesakan

Hazal sedang memperagakan koleksi tudung untuk pelanggan pada musim perayaan ini.
PETALING JAYA: Membeli belah untuk membuat persiapan awal sempena musim perayaan adalah pilihan tepat, terutama bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan orang ramai.

 

Kaum wanita terutamanya akan memastikan koleksi yang menarik perhatian dan menepati citarasa menjadi pilihan.

Koleksi tudung rekaan terkini misalnya pasti menjadi rebutan untuk tampil bergaya pada musim perayaan.

Mengetahui trend pembeli di ibu negara, peniaga di sekitar Jalan Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak melepaskan peluang menjualnya lebih awal kerana percaya ia boleh mendatangkan keuntungan.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Hazal, 29, katanya, berdasarkan pengalaman, koleksi tudung perlu menepati citarasa dan terkini.

“Tudung harus disusun rapi dengan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelanggan, terutama yang gemar membeli awal," katanya kepada mStar Online.

Tinjauan mendapati tudung yang menjadi pilihan pada musim perayaan ini adalah jenis bawal dan selendang yang dibeli antara RM10 hingga RM150.

Bagi Safiah Endot, 54 dan anaknya, Fatin Farhana, 23, mereka memilih berbelanja awal sebelum kedatangan Ramadan kerana menjangka kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid Jamek akan sesak.

"Berbelanja awal akan menjimatkan masa dan tidak tergesa-gesa, malah kita juga boleh mendapatkan lebih banyak rekaan, selain kadar meletak kereta yang lebih murah," katanya.




Artikel Lain