suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mustafa Ali Diarah Bayar Ganti Rugi Kepada Felda

Mustafa Ali.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan empat lagi diperintahkan membayar ganti rugi RM130,000 kepada Felda selepas didapati memfitnah syarikat konglomerat itu.

Kenyataan fitnah itu adalah berhubung dakwaan Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel. 

Namun, Felda gagal dalam kes terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Felda berkata, Mazlan menyiarkan sekeping gambar invois di laman Facebook miliknya pada 19 November 2012 yang menggambarkan bahawa syarikat itu menjual minyak sawit mentah ke Israel.

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman Felda terhadap semua defendan. 


Felda, Anak, saman fitnah, ganti rugi

Artikel Lain