Maklumat Betul Mengenai GST Akan Disebarkan Kepada Rakyat - Abdul Wahid - Semasa | mStar

Maklumat Betul Mengenai GST Akan Disebarkan Kepada Rakyat - Abdul Wahid

PUTRAJAYA: Maklumat betul dan tepat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disebarkan kepada rakyat bahawa pengenalan GST tidak akan membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata apabila GST dikuatkuasakan pada 1 April 2015, ia bukannya cukai tambahan kerana cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada akan dimansuhkan.

"Terdapat banyak maklumat-maklumat yang tidak betul yang disebarkan oleh pembangkang. Jadi saya nak pastikan rakyat dapat maklumat tepat. Kalau kita perkenalkan GST, ia bukan cukai tambahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Larian Statistik 2013 anjuran Jabatan Perangkaan, di sini Sabtu.

Beliau menjelaskan pelaksanaan GST juga penting untuk kurangkan defisit negara dari 3.5 peratus pada 2014 kepada 3 peratus menjelang 2015.

Abdul Wahid mengulas kebimbangan rakyat mengenai cukai GST pada kadar 6 peratus yang diumumkan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan menyifatkan GST sebagai satu sistem percukaian terbaik dan terbukti berkesan dengan lebih 160 negara sudah melaksanakan cukai tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata kadar 6 peratus itu adalah terendah di Asia Tenggara dan dalam kalangan negara Asean termasuk Singapura dan Thailand yang kadar GST masing-masing adalah 7 peratus manakala negara lain dari 10 hingga 12 peratus.

"Bagi mereka yang dikatakan terjejas berkaitan dengan andaian mereka, kita (kerajaan) juga (akan beri) bantuan kewangan RM300 (kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia) apabila kita perkenalkan GST.

"Kedua, dari segi cukai perkhidmatan bagi golongan pertengahan, kerajaan akan kurangkan sehingga 3 peratus dan ketiga, kita (kerajaan) juga perkenalkan pelepasan cukai individu sebanyak RM2,000, ia akan mengurangkan beban. Jadi kita kena melihat secara pakej," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mah Presiden Baharu Gerakan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Nik Amar Cabar Mat Sabu

default image

Polis Edar Gambar Suspek Culik Freddie

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain