Yayasan IJN Belanja RM2 Juta Setahun Bantu Pesakit Kurang Mampu - Semasa | mStar

Yayasan IJN Belanja RM2 Juta Setahun Bantu Pesakit Kurang Mampu

PETALING JAYA: Yayasan Institut Jantung Negara (Yayasan IJN) membelanjakan lebih dua juta ringgit setahun untuk membantu pesakit jantung kurang berkemampuan dari seluruh negara.

Pengurusnya, Ritzzawati Rosli Mohd Rosli berkata sejak 2009, lebih 300 pesakit dewasa dan kanak-kanak kurang berkemampuan telah dibantu oleh yayasan itu.

"Yayasan IJN melalui Program Bantuan Pesakit menggunakan dananya untuk membiayai pelbagai rawatan termasuk pembedahan jantung, membeli peranti dan membiayai penjagaan selepas pembedahan.

"Untuk membiayai rawatan-rawatan berkenaan setiap seorang pesakit biasanya memerlukan kos berjumlah kira-kira RM35,000," katanya kepada pemberita selepas Program 'Save A Life Day' di sebuah pusat membeli belah di sini Ahad.

Program berkenaan bertujuan mengumpul dana bagi yayasan itu yang julung kalinya membabitkan orang ramai selain program khas badan-badan korporat.

Ritzzawati Rosli berkata antara badan korporat yang setiap tahun menyalurkan dana kepada Yayasan IJN termasuklah Yayasan Tenaga Nasional dan Nu Skin Malaysia.

Beliau berkata pihaknya berharap lebih banyak badan korporat dan individu tampil menyumbang kepada yayasan berkenaan kerana setiap pemberian meskipun sedikit mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa pesakit jantung yang tidak mampu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain