suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari Ahad dilapor bergerak perlahan, dengan kemalangan di beberapa lokasi.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) terdapat kemalangan di Km 134.4 arah selatan (Sungai Dua-Juru) dan di Km 153.8 dari Bukit Tambun menghala ke Jawi arah selatan.

Laman Twitter LLM juga melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan dari Senawang ke Nilai dengan trafik mulai meningkat ke arah Kuala Lumpur tetapi keadaan masih terkawal.

LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati ke destinasi dan tidak memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan kerana ini akan hanya menyebabkan kesesakan di lebuh raya. -BERNAMA

Artikel Lain