suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Elektrik Ke KKIA Stabil - SESB

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan bahawa bekalan elektrik yang disalurkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Urusan SESB, Ir Abd Razak Sallim berkata, ini berikutan laporan mengenai gangguan elektrik yang berlaku pada 6.20 petang Khamis yang menyebabkan banyak penerbangan antarabangsa dan tempatan terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang berhampiran dan ramai penumpang terkandas.

Beliau berkata, siasatan lanjut yang dilakukan ke atas pemasangan elektrik SESB yang menyalurkan bekalan elektrik ke KKIA mendapati ia berfungsi dengan baik dan bekalan elektrik daripada SESB tidak terjejas.

"Pihak SESB bersedia bekerjasama dengan pihak pengurusan Malaysia Airport Berhad (MAB) bagi mengenal pasti punca sebenar masalah ini," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Abd Razak berkata, pemantauan terhadap kestabilan bekalan elektrik di kawasan sekitar KKIA juga akan diteruskan bagi memastikan tidak ada gangguan bekalan elektrik yang boleh menjejaskan operasi di tempat yang kritikal terutama di hospital dan lapangan terbang di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain