suria

Tiga Parah Gerabak Tergelincir

KUANTAN: Sebelas penumpang cedera, tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui.

Beliau berkata gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian.

Abdul Razak berkata punca kejadian masih dalam siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Berikut

Artikel Lain