suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Mati Ditembak Ketika Sarapan Dengan Isteri

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki warga emas mati ditembak ketika sedang bersarapan bersama isterinya di sebuah restoran di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata Lee Shoo Toong, 60, yang tinggal di pangsapuri Taman Skudai Baru ditembak secara dekat oleh seorang lelaki bermotosikal yang berhenti di depan restoran tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi.

"Suspek yang memakai topi keledar melepaskan sedas tembakan dari arah belakang mangsa lalu mengenai dada kiri dan menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ruslan berkata suspek kemudian terus melarikan diri bersama motosikalnya selepas melihat Lee rebah.

Beliau berkata isteri Lee masih terkejut dengan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Lain