Tiga Lelaki Didakwa Merompak, Menyamar Sebagai Polis - Semasa | mStar

Tiga Lelaki Didakwa Merompak, Menyamar Sebagai Polis

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Johor Baharu atas tuduhan merompak secara berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam bulan lepas. - Foto BERNAMA
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Johor Baharu atas tuduhan merompak secara berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam bulan lepas. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHARU: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap tuduhan merompak secara berkumpulan dan menyamar sebagai penjawat awam, bulan lepas.

Mohamad Fadzil Jamaludin, 26; Mohd Hedayat Salleh, 29; dan Mohamad Rizuan Salleh, 32, didakwa merompak wang tunai RM550 dan sebuah telefon bimbit Nokia serta Samsung bernilai RM1,500, milik Liew Yun Choy, 42, selain menyamar sebagai polis terhadap lelaki berkenaan.

Mohamad Fadzil serta pasangan adik beradik, Mohd Hedayat dan Mohamad Rizuan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan di Jalan Beladau 9, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, kira-kira pukul 7.30 malam, 24 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa merompak sebuah telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM1,800 milik Wong Woei Jian, 28, serta menyamar sebagai polis di tepi Jalan Kebudayaan 16, Taman Universiti, Skudai, kira-kira pukul 9 malam, 16 Mac lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly dan Hakim Aliman Musri menetapkan wang jaminan RM16,000 setiap seorang bagi kesemua tuduhan serta 6 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Di kamar berasingan, ketiga-tiga mereka yang tidak diwakili peguam, sekali lagi didakwa merompak satu telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM6,000 milik Ong Kian Cho, 23, serta menyamar sebagai polis terhadap lelaki itu di Jalan Hang Jebat 28, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, kira-kira pukul 8 malam, 14 Mac lepas.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Anwar Raof dan Hakim Muhammad Jamil Hussin menetapkan wang jaminan RM5,000 setiap seorang bagi kedua-dua tuduhan serta 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Kesemua kesalahan merompak itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan manakala kesalahan menyamar sebagai penjawat awam didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan, dan boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?