suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikan Siakap Kukus

Gambar Hiasan.
KHASIAT masakan yang dikukus memang tidak dapat disangkal, lebih-lebih lagi kerana tidak menggunakan minyak atau santan.

Pada bulan puasa ini pastinya dengan perut kosong berjam-jam lamanya, sebaiknya dihidangkan dengan menu berbuka yang baik untuk kesihatan.

Jadi, siakap kukus elok dijadikan antara juadah untuk dimakan bersama keluarga tersayang.


Bahan-bahan: 

1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan belah dua)
3 sudu besar sos tiram 
1 sudu gula 
4 sm halia - dimayang 
3 ulas bawang putih - dimayang 
3 ulas bawang besar - dimayang 
2 tangkai daun sup 
2 tangkai daun bawang
3 helai daun limau purut (kalau ada)
4 biji cili padi/ 2 biji cili merah dimayang
1/2 biji limau nipis/3 biji asam boi
garam secukup rasa 

Cara memasak: 

1. Cuci ikan dan lumur garam dan gula 
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 
3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 
4. Kukus selama 10minit (hingga masak). Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. 

Ramadan, siakap kukus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

S'Mores

Artikel Lain