suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja lelaki umpan coklat, rogol jiran usia 3 tahun

Rogol adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun didakwa memperdayakan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sebelum merogol mangsa.

Difahamkan, remaja lelaki itu mengajak mangsa yang juga jirannya bermain serta 'mengumpan' kanak-kanak itu dengan manisan coklat.

Menurut seorang pegawai polis, suspek ditahan di balai polis Pandri, India susulan kejadian yang berlaku pada Isnin.

Dalam kejadian itu, apabila kanak-kanak perempuan itu mula menangis,suspek menghantar semula mangsa ke luar rumahnya.

Perbuatan remaja tersebut kemudian diketahui ibu mangsa sebelum membuat laporan polis.

Suspek ditahan dan berdepan dengan hukuman di bawah seksyen 64 (rogol) dan 65 (2) (rogol di bawah umur 12 tahun).

Tambah pegawai polis, kesalahan itu memperuntukan Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual.

Sementara itu, mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut kes tersebut dijalankan. -Agensi

Artikel Lain