suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki diburu polis, CCTV papar aksi seks dalam tren dengan mayat

Polis sedang memburu seorang lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan mayat. -Foto NYPDtips

POLIS sedang memburu seorang pemuda kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan gelandangan yang sudah mati.

Suspek lelaki yang belum dikenal pasti itu dituduh melakukan 'nekrofilia', iaitu kecenderungan seksual terhadap mayat.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam Rabu, di dalam sebuah tren di New York, Amerika Syarikat.

Suspek masih gagal dijejaki dan kali terakhir dilihat memakai topi biru, baju kuning, jaket hitam dan membawa beg galas.

ARTIKEL BERKAITAN: Saintis didakwa lakukan hubungan seks dengan mayat di bilik bedah

Menurut laporan NYPost, pengurusan tren menyedari kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Suspek ketika itu berada di dalam tren menuju ke arah selatan berhampiran stesen subway Whitehall St di Lower Manhattan.

Pihak berkuasa mengesahkan si mati meninggal dunia secara semula jadi sebelum jenayah itu berlaku. - Agensi

Artikel Lain