suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua remaja mati lemas ketika cuci ‘dye’ rambut di terusan

Mayat kedua-dua mangsa berjaya ditemui anggota unit penyelam selepas lebih sejam usaha pencarian. -Foto Thaiger

DUA remaja perempuan mati lemas dalam terusan ketika mencuci pewarna (dye) pada rambut, dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu. 

Menurut polis, mangsa masing-masing berusia 15 tahun dan 17 tahun. 

Memetik laporan media tempatan, seorang saksi yang dikenali sebagai Noi, 17, berkata ketika kejadian, dia bersama-sama tiga rakan termasuk dua mangsa pergi ke terusan yang terletak di wilayah tengah Suphan Buri selepas mewarnakan rambut.

Ujarnya, secara tiba-tiba dua rakannya dibawa arus dan tenggelam dalam terusan yang mempunyai kedalaman kira-kira tiga meter.

Dia bersama seorang lagi rakan bergegas mendapatkan bantuan penduduk setempat.

Unit penyelam pasukan penyelamat akhirnya berjaya menemukan jasad kedua-dua mangsa selepas lebih satu jam usaha pencarian dilakukan.

Mayat kedua-dua remaja itu dibawa ke Hospital U Thong untuk bedah siasat. -Agensi

 

Artikel Lain