suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda tergamak bakar rumah ibu, puncanya tak diberi wang

Mangsa pastinya menanggung kerugian besar akibat kebakaran. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kerana membakar rumah ibu bapanya, gara-gara tidak diberikan wang.

Menurut polis, suspek terdahulu ditangkap penduduk kampung sebelum diserahkan ke balai polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara pada Ahad.

Ketua Polis, Yuri Andri berkata, kebakaran turut memusnahkan dua buah rumah yang terletak berhampiran dengan rumah ibu bapa suspek.

Ujarnya, struktur rumah yang diperbuat daripada papan menyebabkan api marak dengan pantas. 

"Pada masa ini, polis masih kumpul bukti dan saksi sedang disoal siasat. Suspek juga sudah ditahan di balai polis untuk Tindakan lanjut. Kes masih dalam siasatan," ujarnya.

Insiden berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa namun jumlah kerugian dianggarkan sekitar Rp100 juta (sekitar RM26,587). -Agensi

 

Artikel Lain