suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal keselamatan hospital dibelasah waris pesakit hingga tak sedarkan diri gara-gara tegur isu parkir

Tangkap layar kejadian seorang pengawal keselamatan dibelasah waris pesakit yang berang ditegur isu parkir. -Foto Istimewa

SEORANG pengawal keselamatan di sebuah hospital dibelasah oleh ahli keluarga pesakit hingga tidak sedarkan diri gara-gara menegur perbuatan lelaki tersebut yang memarkir kenderaan sesuka hati.

Kejadian dilaporkan berlaku di Hospital Mitra Keluarga, Bekasi, Indonesia pada 29 Mac lalu. 

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Ade Ary Syam Indradi berkata, kejadian bermula apabila suspek datang ke hospital dan memarkir kenderaannya di hadapan unit kecemasan.

"Suspek memarkir keretanya di depan unit kecemasan dalam posisi kurang sempurna dan menghalang jalan.

"Melihat perkara itu, mangsa kemudian menegurnya, namun suspek tidak dapat menerimanya dan berang," katanya.

Selepas mengalihkan kereta, suspek menemui mangsa dan bertindak membelasah lelaki berusia 39 tahun itu sehingga tidak sedarkan diri.

Pihak hospital telah membuat laporan berhubung kejadian yang berlaku dan kes sedang disiasat, ujarnya. -Agensi 

Artikel Lain