suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek dipatuk ular tedung sepanjang 2 meter, meninggal dunia selepas dua jam dirawat

Ular tedung yang mematuk mangsa berjaya dibunuh oleh jiran.-Fotoa Istimewa/Detik

SEORANG warga emas maut selepas dipatuk seekor ular tedung sepanjang dua meter, ketika sedang berehat di dalam rumahnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di Desa Ajang Pulu, Bone, Sulawesi Selatan, pada Jumaat lalu, lapor Detik.

Menurut ketua kampung yang dikenali sebagai Jamil, mangsa yang merupakan wanita berusia 68 tahun tidak menyedari kehadiran reptilia tersebut yang menceroboh kediamannya.

"Mangsa dipatuk tedung pada bahagian kaki. Dia segera dikejarkan ke Hospital Wilayah Tenriawaru.

"Namun selepas dua jam menerima rawatan, mangsa meninggal dunia," kata Jamil.

Tambahnya, reptilia tersebut bagaimanapun berjaya dibunuh penduduk kampung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain