suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru wanita kantoi berasmara dengan pelajar lelaki, rupanya dah 10 kali buat

Seorang guru wanita didakwa melakukan hubungan intim dengan pelajar lelaki. -Gambar hiasan

SEORANG guru wanita didakwa melakukan hubungan sulit dengan seorang remaja lelaki.

Perbuatan guru agama yang dikatakan berwajah cantik itu terbongkar setelah sekumpulan penduduk menyerbu rumahnya.

Kejadian berlaku di Grobogan di Jawa Tengah, Indonesia.

Berkelakuan seolah-olah seperti suami isteri, wanita itu ditangkap melakukan hubungan intim dengan pelajarnya.

Hasil pemeriksaan mendapati perbuatan terkutuk itu sudah bermula sejak dua tahun lalu, dengan mengumpan wang dan pakaian kepada mangsa.

Perbuatan guru itu kemudian dilaporkan oleh ibu bapa mangsa kepada polis dan mendakwa suspek memaksa anaknya melakukan hubungan intim.

Difahamkan, suspek dan mangsa sudah melakukan hubungan intim sebanyak 10 kali. Mangsa mengaku tidak berani menolak ajakan suspek kerana tawaran upah.

Sementara itu, aktivis sosial Sulistyono akan membantu mangsa mendapatkan keadilan daripada pihak berkuasa.

"Ketika ini mangsa tidak lagi bersekolah kerana masih trauma dan malu untuk berjumpa rakan-rakan dan guru sekolah," katanya.

Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain