suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua tahun tak jenguk, pemilik terkejut tengok rumah berubah jadi reban! Penyewa selamba ternak ayam, jiran kerap mengadu bau busuk

Penyewa membela ayam di dalam rumah yang disewakan pemilik.

SEORANG pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediaman yang disewakannya diubah menjadi tempat membela puluhan ekor ayam oleh penyewa.

Menurut laporan, pemilik berkenaan tidak memeriksa rumahnya yang terletak di Shanghai, China itu selama dua tahun sebelum membuat kunjungan baru-baru ini.

Dia meluahkan rasa kecewa kerana jumlah duit sewa yang diterima sepanjang tempoh tersebut tidak mencukupi untuk menampung kos baik pulih rumah yang kini rosak teruk.

Difahamkan, penyewa tinggal di bilik tidur manakala ruang lain di rumah itu dijadikan kawasan ternakan ayam.

Bau busuk dari rumah berkenaan turut menjadi punca ketidakselesaan jiran tetangga, termasuk seorang wanita dikenali sebagai Wu.

Wu mengaku pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Namun, penyewa hanya bertindak menutup semua tingkap rumah itu tanpa cuba mencari alternatif lain.

Pemilik rumah tersebut yang membuat perkongsian di media sosial meminta pandangan pengguna internet untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapinya. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain