suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acah-acah acu pistol, pelatih polis maut tertembak diri sendiri... Saudara duduk sebelah turut terkorban

Seorang pelatih polis di Chiang Mai, Thailand maut selepas tertembak diri sendiri. -Foto AmarinTV/Thaiger

SEORANG pelatih polis maut selepas tertembak diri sendiri secara tidak sengaja, dalam satu kejadian pada Ahad lalu.

Kejadian berlaku di wilayah utara Chiang Mai, Thailand, ketika mangsa dan seorang saudaranya sedang minum arak bersama-sama di sebuah rumah.

Memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 28 tahun itu kemudian menunjukkan sepucuk pistol kepada saudaranya.

Dia kemudian mengacukan senjata api itu ke kepalanya dan memetik picu kerana beranggapan ia tidak mengandungi puluru.

Tembakan tersebut melepasi pelipis (temple) kanannya dan tembus ke bahagian kiri, sebelum mengenai saudaranya yang duduk bersebelahan.

Pegawai dari Balai Polis Fang yang menerima panggilan kecemasan segera bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa dan saudaranya yang cedera parah.

Saudara mangsa yang berusia 37 tahun dikejarkan ke hospital, tetapi tidak dapat diselamatkan.

Siasatan di lokasi kejadian turut menemui sepucuk pistol 9mm

Mangsa adalah seorang kadet dan pelatih di Balai Polis Chai Prakarn. Disyaki pistol yang digunakannya adalah milik pasukan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain