suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat remaja 13 tahun ditemukan dalam semak, buluh panjang atas perut... Dirogol, dibunuh angkara dendam cinta ditolak

Seorang remaja perempuan (kanan) ditemukan maut, dipercayai dirogol dan dibunuh. Salah seorang suspek (kiri) ditahan. -Gambar APS

MAYAT remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang ditemukan masih berpakaian seragam sekolah, di dalam semak.

Mangsa dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah pada Sabtu.

Susulan kehilangannya, penduduk kampung melakukan pencarian sehingga menemukan mayat mangsa dalam keadaan mengerikan pada pukul 9.30 malam.

Penemuan berlaku di Bengkalis, Riau di Indonesia, pada Sabtu malam.

Kepala mangsa berdarah sewaktu mayatnya ditemukan dalam keadaan terbaring.

Malah, turut ditemui adalah sebatang buluh panjang di atas perut mangsa.

Penemuan mayat mangsa disahkan oleh Ketua Polis Bengkalis, AKBP Setyo Bimo Anggoro pada Isnin.

“Setelah dikenal pasti, mangsa berusia 13 tahun daripada Kampung Balai Raja,” jelasnya.

Dilaporkan, mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh tiga pelajar senior.

Berdasarkan siasatan awal, motif pembunuhan dipercayai disebabkan cinta pelaku ditolak mangsa.

Setakat ini, seorang suspek telah ditahan, manakala dua lagi masih diburu polis. - Tribun Medan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain