suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kapal pelancong karam di Indonesia, 7 rakyat Malaysia selamat

Kapal yang karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur. -Gambar ANTARA/HO

KAPAL yang membawa sejumlah pelancong termasuk rakyat Malaysia karam di Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur di Indonesia, pada Sabtu.

Bagaimanapun, tujuh rakyat Malaysia yang menaiki kapal pelancong yang karam itu dilaporkan selamat.

Perkara tersebut disahkan oleh Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Tujuh rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal pelancong yang tenggelam di kawasan perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo, Indonesia pada petang Sabtu dilaporkan selamat.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut," menurut satu kenyataan menerusi Facebook Wisma Putra pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden itu dan sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 21 5224 947 dan +62 813 8081 3036 atau emel ke [email protected]," katanya.

Terdahulu, dilaporkan sebuah kapal jenis Phinisi karam di perairan Pantai Pink, Pulau Komodo, Labuan Bajo.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain