suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah dapat ancaman bunuh, pembaca berita transgender pertama Pakistan nyaris maut ditembak lelaki bersenjata

Marvia Malik nyaris maut terkena termbakan lelaki bersenjata. Foto: Instagram Marvia Malik

PEMBACA berita transgender pertama Pakistan, Marvia Malik, terselamat daripada terkena tembakan yang disasarkan terhadapnya.

Ketika kejadian yang berlaku berhampiran kawasan kediamannya di Lahore, Marvia dikatakan baru pulang dari sebuah farmasi apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arahnya.

Dalam kenyataan kepada pihak polis, Marvia mendakwa dia pernah menerima beberapa panggilan telefon dan mesej daripada nombor yang tidak dikenali, berhubung tindakannya yang bersuara untuk komuniti transgender.

Disebabkan kejadian yang hampir meragut nyawanya itu, Marvia berkata dia terpaksa meninggalkan kediamannya buat sementara dan berpindah dari Lahore.

Marvia menambah, dia sebenarnya baharu kembali ke kota berkenaan untuk melakukan pembedahan.

Marvia berkata dia yakin tindakannya yang bersuara untuk komuniti transgeder menjadi sebab utama dia menjadi sasaran.

Untuk rekod, Marvia bergelar hos televisyen untuk Kohenoor News sejak 2018 dan menjadi penyampai berita transgender pertama negara itu pada usia 21 tahun. - Ndtv.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain