suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kembar siam ditinggal sejak kecil teruja dapat kerja pertama, kedua-duanya dibayar gaji

Kembar siam, Sohna dan Mohna Singh diberi pekerjaan pertama. foto Tangy Tales/YouTube

SATU pasangan kembar siam yang ditinggalkan ibu bapa mereka ketika masih bayi mendapat 'pekerjaan impian' sebagai juruelektrik, dengan kedua-dua mereka dibayar gaji.

Sohna dan Mohna Singh, dari Punjab, India, kedua-duanya menerima gaji £100 (RM562) sebulan selepas diberi pekerjaan pertama mereka oleh kerajaan.

Kembar berusia 19 tahun itu akan bekerja sebagai juruelektrik untuk papan elektrik.

Sohna dan Mohna dilaporkan teruja mendapat pekerjaan itu pada 20 Disember.

Mereka akan bekerja di Punjab State Power Corporation Limited (PSPCL) selepas ditawarkan pekerjaan itu melalui satu skim.

Sohna dan Mohna memiliki diploma dalam bidang elektronik dan kini akan ditempatkan di bilik kawalan bekalan di mana mereka akan menjaga peralatan elektrik.

Pasangan kembar itu dibesarkan di rumah kebajikan selepas ditingggalkan oleh ibu bapa mereka sejak kecil.

Menurut guru mereka, kembar itu sering cuba membantu membaiki pelbagai barangan elektrik yang rosak. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain