suria

Suami isteri jadi ‘hero’ sambut kucing terjatuh dari tingkat atas stadium

Seekor kucing yang terjatuh dari tingkat atas Stadium Hard Rock Miami berjaya diselamatkan sepasang suami isteri. Foto: Reuters/Instagram

SEPASANG suami isteri yang sedang menonton perlawanan bola sepak di Stadium Hard Rock Miami berjaya menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh daripada tingkat stadium berkenaan, pada Sabtu.

Craig Cromer dan isterinya Kimberly yang sedang menonton perlawanan antara Miami University dan Appalachian State, menggunakan kain bendera untuk 'menyambut' haiwan berkenaan.

Rakaman daripada telefon bimbit penonton lain memaparkan saat cemas apabila kucing berkenaan hilang cengkaman sebelum jatuh ke arah penonton.

"Penonton lain cuba menyelamatkannya dari tingkat atas namun tidak berhasil.

"Kucing itu tergantung dengan dua kaki depannya, dan akhirnya hilang cengkaman lalu terjatuh," kata Cromer.

Difahamkan kucing tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kecederaan dan dibawa keluar oleh pengawal keselamatan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain