suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 tahun tinggal dalam gua, lelaki ini baru tahu kewujudan Covid-19... luah hasrat nak 3 dos vaksin

Dia keluar untuk ke sebuah pasar raya dan baru mendapat tahu mengenai kewujudan Covid-19.

KITA mula melakukan penjarakkan sosial sejak pandemik Covid-19 melanda lebih setahun lalu.

Namun lelaki ini sudah menjarakkan dirinya dengan masyarakat sejak 20 tahun lalu.

Begitulah kisahnya mengenai Panta Petrovic, 70, yang menetap di dalam gua di Gunung Stara Planina, selatan Serbia selepas bersara.

Baru-baru ini, dia keluar untuk ke sebuah pasar raya dan baru mendapat tahu mengenai kewujudan Covid-19.

Ujarnya, dia risau sekiranya virus itu akan tiba ke gua tempat dia menginap dan meluahkan hasrat untuk mendapatkan tiga dos vaksin.

Akhirnya, dia telah mendapatkan suntikan vaksin dan turut menasihati masyarakat di luar sana agar mendapatkan vaksin dalam usaha membendung penularan virus itu.

"Covid-19 tak memilih. Ia akan datang, termasuklah ke gua saya. Saya nak tiga dos vaksin.

"Saya juga sarankan rakyat untuk terima vaksin," ujarnya lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain