suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah hidup semula ketika dibawa untuk kebumi

Orang ramai menyedari si mati dilihat bernafas dalam keranda yang terbuka. foto Newsflash

ORANG ramai digemparkan dengan seorang lelaki yang dikatakan meninggal dunia dikesan bernafas di dalam keranda yang terbuka.

Petugas hospital kemudian mengesahkan lelaki berkenaan masih hidup.

Kejadian pelik berlaku ketika jenazah dibawa untuk pengebumian di bandar Hermel di Lubnan, awal minggu ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai berkabung di sekeliling keranda yang terbuka, manakala seorang wanita menangis meratapi si mati.

Orang ramai kemudian menyedari jenazah dilihat bergerak dan mereka cuba melakukan tekanan dada ke atasnya, sementara menunggu ambulans bagi membawa lelaki berkenaan ke pusat perubatan untuk pemeriksaan.

Menurut laporan media tempatan, doktor kemudian mengesahkan lelaki itu masih hidup.

Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan bagaimana atau sebab lelaki tersebut sebelum ini disahkan sebagai meninggal dunia. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain