suria

Sempat tulis wasiat sebelum meninggal 2 Jun lalu, wanita ini larang ahli keluarga ziarah kuburnya

Dia dalam wasiatnya menyenaraikan 15 nama sahaja yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumiannya. Foto: Getty.

LAIN orang, lain ragamnya.

Begitulah juga kisahnya dengan wanita ini apabila dia menulis satu wasiat khas sebelum meninggal dunia.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Maria Paz Fuentes Fernandez, dari Sepanyol yang meninggal dunia pada 2 Jun lalu membuat permintaan agar pengebumiannya tidak dihadiri ahli keluarga.

"Kami sekeluarga sudah tidak berbaik sejak sekian lama, jadi dalam wasiat ini, saya akan senaraikan nama-nama yang dibenarkan menghadiri pengebumian dan menziarahi kubur saya," tulis wanita itu.

Dia dalam wasiatnya menyenaraikan 15 nama sahaja yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumiannya.

"Kepada sesiapa yang tak kisah akan saya sepanjang hayat saya, teruskan kehidupan anda, jauh dari saya," tulisnya lagi.

Wasiat dan permintaan itu turut diiklankan di akhbar sehingga ia menjadi tular. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain