suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis dirogol sepupu, malang berganda apabila dilacurkan oleh kakak sendiri

Mangsa kini berada di pusat perlindungan dan diberi kaunseling serta rawatan untuk mengubati ketagihan dadah. Foto: PTI

MENERUSI satu pendedahan terbaharu, seorang gadis berusia 15 tahun di Bhopa, Madhya Pradesh, India dilacurkan oleh kakak kandungnya sendiri.

Selain itu, mangsa turut diberikan dadah oleh kakaknya yang berusia 20 tahun itu.

Segalanya terbongkar selepas gadis itu dihantar ke pusat perlindungan oleh ibunya pada bulan lalu.

Selepas membuat luahan kepada kanselor, dia turut dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan.

Menurut gadis itu, dia mula dilacurkan seawal usia 13 tahun.

Selain itu, dia mendakwa pernah dirogol oleh sepupunya.

Malangnya, ibu gadis itu tidak pernah sedar akan apa yang berlaku selama ini.

Dia kini berada di pusat perlindungan dan diberi kaunseling serta rawatan untuk mengubati ketagihan dadah. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain