suria

Seronok menari TikTok, lelaki panik nampak kelibat misteri di celah tangga

Kelibat misteri kelihatan di celah tangga rumah Reuben.

KETIKA wabak Covid-19 menjejaskan seluruh dunia, ramai duduk di rumah bersendirian, bosan dan menghasilkan video untuk menghiburkan diri sendiri.

Begitu juga dengan pemuda ini yang memuatnaik video TikToknya sebelum menyedari ada kelibat pelik seolah-olah sedang menyaksikan dia menari.

Dalam video itu kelihatan entiti misteri sedang melihat aksi lincahnya menari di tepi tangga rumahnya.

Namun kelibat entiti itu hanya kelihatan beberapa saat saja.

Reuben mendakwa dia hanya bersendirian di rumah ketika itu.

Video itu turut mendapat perhatian netizen.

"Anda nampak sesuatu? Di belakang, dekat celah tangga," kata netizen.

Reuben kemudian membalas komen pengikutnya dengan berkata dia dalam keadaan selamat.

"Terima kasih atas keprihatinan semua. Saya sakit perut dan tidak tidur lena semalam," katanya. - Dailystar

TikTok, menari, kelibat misteri, tangga

Artikel Lain