Remaja ikat diri bawah van kurier untuk masuk ke UK - Dunia | mStar

Remaja ikat diri bawah van kurier untuk masuk ke UK

Remaja lelaki itu mengikat dirinya dibawah van kurier untuk melarikan diri dari Darfur selepas ibu bapanya terbunuh.

SEORANG pemandu kurier terkejut apabila terjumpa seorang remaja lelaki yang mengikat dirinya di bawah van tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan dirinya.

Pemandu van berusia 44 tahun dari London itu dalam perjalanan ke Paris apabila berhenti di Hotel Ibis Tunnel Sous la Manche, dekat sempadan Calais pada 14 Januari lalu.

Selepas sarapan pagi keesokan harinya, Kyle terdengar bunyi dentuman kuat semasa memandu van tersebut.

Pada awalnya Kyle hanya terfikir bunyi itu datang dari barang yang mungkin bergolek di dalam van dipandunya.

Tali yang digunakan remaja lelaki itu melindungi dirinya daripada terjatuh semasa berada di bawah van tersebut.

"Namun bunyi dentuman itu kedengaran lagi tetapi kali ini lebih kuat. Saya fikir ada seseorang di belakang van.

"Saya keluar dan ternampak remaja itu berdiri dekat pintu belakang. Dia menggigil ketakutan," katanya.

Kyle mengajak remaja lelaki itu masuk ke tempat duduk penumpang sebelum dia menceritakan kisah sebenar punca dia menyorok di bawah kenderaan itu.

Remaja itu berkata dia melarikan diri dari kawasan bergolak Darfur, Sudan selepas kehilangan semua keluarganya dan mahu meminta bantuan di UK. - Mirror.co.uk

van kurier , UK

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain