Kecoh ‘amuk’ di gim, pengunjung berlumuran darah diserang guna peralatan senaman besi - Dunia | mStar

Kecoh ‘amuk’ di gim, pengunjung berlumuran darah diserang guna peralatan senaman besi

Seorang lelaki memukul seorang pengguna gim. Foto Deadline News

RAKAMAN video yang tular menunjukkan beberapa pengunjung gim bergaduh dan menyerang antara satu sama lain menggunakan peralatan senaman yang diperbuat daripada besi.

Insiden pergaduhan berlaku pada Khamis lalu di sebuah gim di Brentwood, Essex di England.

Beberapa lelaki dilihat menggunakan kekerasan dengan menumbuk bersama tiang logam untuk menyerang antara satu sama lain.

Antara mereka yang terbabit berlumuran darah terutama di bahagian muka.

Bagaimanapun dilaporkan tidak diketahui punca pergaduhan.

Seorang lelaki menggunakan peralatan senaman besi untuk menyerang pengunjung lain.

Gim berkenaan, Ab Salute gym mengeluarkan kenyataan di halaman Facebook mengutuk tindakan individu berkenaan kerana mencetuskan pergaduhan.

"Ini adalah insiden terpencil yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana lima cawangan kami sejak 10 tahun kami beroperasi.

"Kami tidak membiarkan keganasan berlaku di mana-mana gim kami dan mengambil serius perkara ini. Polis telah dimaklumkan berhubung kejadian dan mengambil tindakan sewajarnya. 

"Mereka yang terlibat dalam kejadian telah diharamkan daripada menggunakan gim-gim kami. Kami melakukan yang terbaik untuk menjaga semua orang awam dan kakitangan kami di semua gim.

"Kami memohon maaf kepada semua yang menyaksikan kejadian ini atau terkesan daripadanya," tambah kenyataan itu. - Daily Star

gim , gaduh , darah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain