Kembar siam berjaya dipisahkan teruja ke sekolah - Dunia | mStar

Kembar siam berjaya dipisahkan teruja ke sekolah

Knatalye Hope Mata dan Adeline Faith menjalani kehidupan seperti biasa.

PASANGAN bayi kembar siam yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan selama 26 jam sudah mula bersekolah.

Knatalye Hope Mata dan adiknya, Adeline Faith menjalani kehidupan normal selepas menghabiskan masa selama setahun di hospital sejak dilahirkan pada April 2014.

Adik-beradik itu berkongsi bahagian dada, paru-paru, diafragma, hati, usus, kolon, pelvis dan lapisan jantung mereka.

Mereka dipisahkan dalam satu pembedahan bersejarah pada Februari 2015 di Hospital Kanank-Kanak di Houston, Texas.

Keadaan dua beradik ini sebelum mereka dipisahkan.

Knatalye dan Adeline dilaporkan teruja belajar di tadika pra sekolah dekat kediaman mereka di Littlefield, Texas.

"Kedua-dua kanak-kanak itu dalam keadaan baik dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan ibu bapa mereka, Eric dan Elysse serta abang dan adik bongsu mereka.

"Keluarga itu seronok melihat mereka berkongsi peristiwa penting ini. Mereka akan belajar di tadika sepenuh masa.

"Malah ibu mereka, Elysse Mata berkata dua beradik itu amat menyayangi guru mereka dan suka waktu rehat," kata jurucakap Hospital Kanak-Kanak
di Houston, Texas. - Metro.co.uk

kembar siam , sekolah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain