suria

Luar biasa! SUV terbesar di dunia, rekaan canggih gabungan trak tentera dan jip

SUV terbesar di dunia milik pengumpul kereta terkenal di UAE, Sheikh Hamad. Foto Instagram shhamadbinhamdan

SEORANG pengumpul kereta terkenal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggabungkan sebuah trak tentera dan sebuah jip bagi menghasilkan sebagai sesuatu yang dipercayainya sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) terbesar di dunia.

Digelar Dhabiyan, kenderaan dengan pacuan 10 roda itu adalah berdasarkan trak tentera Oshkosh M1075 dan jip Jeep Wrangler yang dijadikan sebagai sebuah kabin pemandu.

Ia dilengkapi dengan enjin diesel enam silinder Caterpillar C15, 15.2 liter dan 600hp.

Kenderaan ini seberat 24 tan dengan panjang 10.8 meter, 2.5 meter lebar dan tinggi 3.2 meter.

Dhabiyan dilaporkan direka dan dibina oleh Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.

Dhabiyan merupakan pacuan 10 roda. Foto Instagram shhamadbinhamdan

Sheikh Hamad merupakan ahli keluarga pemerintah di Abu Dhabi.

SUV gergasi itu diperkenalkan pada acara pertunjukan automotif di Sharja di UAE, baru-baru ini.

Kos kenderaan itu bagaimanapun tidak didedahkan, tetapi boleh dibayangkan harganya tinggi.

Dhabiyan merupakan salah sebuah kereta mahal dalam koleksi Sheikh Hamad.

Beliau turut dikenali sebagai The Rainbow Sheikh, selepas salah sebuah keretanya, model Mercedes S-class yang direka khas dicat dengan warna pelangi. - odditycentral

SUV, Dhabiyan, Sheikh Hamad

Artikel Lain