suria

Wanita bunuh diri selepas kekasih maut dirempuh pemandu Dominos

Jason maut akibat kecederaan serius selepas dirempuh kereta pemandu Dominos.

SEORANG wanita bertindak membunuh diri selepas kekasihnya yang juga pemain bola sepak semi profesional maut dirempuh pemandu sebuah restoran makanan segera terkemuka.

Jason Francis, 29, maut di hospital beberapa hari sebelum sambutan Krismas pada 22 Disember lalu.

Beberapa jam sebelum kematiannya, pasangan Jason, Alice Robinson, 26, ditemui membunuh diri di kediaman mereka di Perth, Australia.

Pasangan tersebut yang berasal dari Shropshire, England berpindah ke Australia tahun lalu selepas melancong ke merata dunia bersama-sama.

Menurut Dawn, ibu kepada Alice, anak perempuannya itu memberitahu dia kecewa dan bingung selepas kematian Jason sebelum bertindak membunuh diri.

TINGGAL KENANGAN... Alice dan Jason gemar melancong bersama-sama.

Pegawai Koroner Clare Hope berkata:"Jason Francis dari Bridgnorth merupakan pekerja asbestos, pemain bola sepak semi profesional dan anggota bomba RAF.

"Dia merupakan pejalan kaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan amat menyedihkan dia meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya.

Dalam inkues yang dijalankan pada Khamis, Alice yang juga editor di sebuah majalah digital dimaklumkan ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Woodstock Road, Perth.

Namun punca kematiannya tidak didedahkan.

Jason dipercayai dilanggar pemandu khidmat penghantaran Dominos Pizza. - Mirror.co.uk

maut, kemalangan, Dominos

Artikel Lain