suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan rogol, lelaki salahkan jiran wanita selalu duduk tepi tingkap

-Gambar hiasan

SEORANG penduduk Arab dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Ras Al Khaimah selepas dia disabitkan bersalah cuba merogol jirannya, seorang wanita Asia.

Rekod mahkamah menunjukkan suspek telah menceroboh rumah plaintif. Dia kemudian cuba merogol jirannya semasa wanita itu sedang tidur di biliknya.

Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya melawan dan menghalaunya keluar dari rumah.

Wanita yang panik itu membuat aduan terhadap defendan dengan Polis Ras Al Khaimah yang menangkapnya dan merujuknya kepada pendakwaan awam untuk soal siasat.

Wanita itu memberitahu pihak pendakwaan RAK bahawa dia terkejut melihat jiran lelakinya itu berada di bilik tidurnya ketika dia sedang tidur.

"Saya melawannya ketika dia cuba menyerang saya secara seksual, mengambil gambarnya dan segera melaporkan kepada polis RAK."

Namun, tertuduh memberitahu pendakwaraya dan kemudiannya mahkamah bahawa dia pernah bertukar-tukar pendapat dengan jirannya itu.

"Dia selalu duduk dekat tingkap yang menghadap rumah saya, saya tak boleh menahan diri daripada memasuki rumahnya.” -Khaleej Times

cubaan rogol

Artikel Lain