suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar maut semasa main 'lempang muka'

SEORANG pelajar maut ketika bermain permainan 'lempang muka' di sekolahnya.

Semasa waktu rehat, Bilal dan Aamir memilih untuk bermain 'Thapar Kabaddi' di Sekolah Tinggi Kerajaan Mian Channu, di Punjab, Pakistan yang mana Bilal cedera teruk di lehernya, lapor Express Tribune.

Ketika permainan dijalankan, pelajar dan guru juga berkumpul di satu kawasan untuk menonton pertarungan tersebut.

Kejadian berlaku awal bulan ini tetapi video tersebut muncul pada Isnin.

Apabila permainan bermula, kedua-dua pelajar mula menampar muka satu sama lain sekuat mungkin.

Acara itu kemudian berubah menjadi insiden tidak diingini, apabila Bilal tidak dapat menanggung kesakitan akibat dilempang Aamir, menyebabkan dia tidak sedarkan diri dan jatuh ke tanah.

Tiada siapa yang memberikan bantuan kepadanya sebelum dia dihantar ke hospital berdekatan.

Pasukan penyelamat juga dilaporkan tiba lewat selepas kejadian itu.

Sumber berkata pentadbiran sekolah gagal membawa Bilal ke hospital untuk rawatan perubatan sejurus selepas insiden itu dan turut bertanggungjawab kerana polis tidak melakukan bedah siasat ke atas mayat.

Thappar Kabaddi, juga dikenali sebagai Chanta Kabaddi, adalah sejenis permainan yang terkenal di kebanyakan bandar di Punjab, Pakistan.

Thappar Kabaddi, Chanta Kabaddi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain