suria

Lelaki rompak bank cuba pikat Taylor Swift

ANSONIA: Merompak bank untuk memikat seorang penyanyi terkenal. Itulah yang dilakukan seorang lelaki sebelum ke rumah agam Taylor Swift dan melemparkan sejumlah wang di pagar kediaman mewah selebriti itu di Rhode Island.

Siasatan polis mendapati, Bruce Rowley menyimpan perasaan terhadap penyanyi itu dan tindakannya merompak bank itu sebagai usaha untuk memikat hati wanita itu.

Pemuda berusia 26 tahun dari bandar Derby di sini kini berdepan pertuduhan merompak sebuah bank di Ansonia dekat sini pada 4 April lalu.

Menurut polis, ‘lelaki itu kelihatan seolah-olah mahu melamar’ Swift.

Laporan AP menyebut, suspek dilaporkan memandu sejauh kira-kira 97 kilometer ke Westerly, Rhode Island dan melemparkan sebahagian daripada wang AS$1,600 (RM6,200), dipercayai hasil rompakan, melepasi pagar rumah Swift.

Anggota polis Rhode Island bertindak mengejar Rowley ke Connecticut sebelum memberkasnya.

Ketika ditahan, suspek didakwa telah menceritakan rancangan itu kepada anggota polis.

Suspek kemudiannya dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan lanjut.


Taylor Swift, Rowley

Artikel Lain