suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu malu anak pakai 'baju seksual' ke sekolah

SEORANG wanita terkejut apabila menyedari anak lelakinya memakai 'baju T seksual' ke sekolah.

Shelley McCullar, dari Texas, Amerika Syarikat, memuat naik gambar anak lelakinya, Anthony, di Facebook, sedang memakai baju merah dengan bahagian depannya tertera simbol M berwarna kuning.

Sekali pandang, baju itu kelihatan seperti logo restoran makanan segera terkenal, McDonald's.

Bagaimanapun, jika dilihat dengan teliti, gambar baju itu sebenarnya menunjukkan kaki wanita duduk dalam keadaan terkangkang sambil meminjam slogan Mc'Donald's - I'm lovin' it.

McCullar berkata dia sangat malu apabila menyedari makna di sebalik baju itu, yang dipakai oleh Anthony di sekolahnya.

Katanya, dia 'tidak sesekali akan membiarkan anak saya pakai sesuatu seperti ini'.

Tambahnya, baju itu adalah salah satu daripada pakaian yang diberikan kepada keluarganya oleh seorang kawan, dan dia belum mempunyai peluang untuk melihatnya satu per satu.

Dalam video pada posting tersebut, Anthony berkata dia tidak tahu makna di sebalik gambar baju itu, malah gurunya juga tidak menyedarinya.

"Mereka pun fikir ia McDonald's," jelasnya.

McCullar berkata dia mungkin masih boleh ketawa walaupun sebenarnya berasa malu, tetapi akan lebih memberi perhatian pada masa akan datang.

"Saya berjanji mulai sekarang saya akan pantau apa yang anak saya pakai!" -Newshub

baju T, simbol seks

Artikel Lain