suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayam berterabur di lebuhraya

Foto dari KBTX.

ROBERTSON COUNTY: Lebuhraya 79 di FM 46 kembali dibuka selepas kejadian kemalangan yang melibatkan ayam berlaku di laluan itu.

Laluan kanan yang menghala ke barat itu ditutup selama empat jam susulan insiden itu.

Menurut amaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Polis Robertson County di Tennessee, Amerika Syarikat: "Terdapat bahagian ayam yang bertaburan di Lebuh Raya 79 dari FM 46 hingga ke Centre Street di Franklin."

Bahagian ayam itu juga terpelanting hingga ke premis cuci kereta dan sebuah stesen minyak.

Pihak polis memaklumkan bahawa pemandu lori beroda 18 tayar itu mungkin berada di lampu trafik dan menukar gear apabila ayam-ayam tersebut berterabur di sepanjang lebuh raya.

Kru pembersihan dari Bastrop tiba untuk membersihkan tempat kejadian. - KBTX

Artikel Lain