suria

Doktor 'kantoi' curi rakam video bawah skirt wanita

-Gambar hiasan

CHIBA: Siapa sangka seorang lelaki bergelar doktor berkelakuan tidak senonoh apabila tergamak mencuri-curi merakam video bawah skirt wanita.

Doktor berusia 34 tahun itu ditahan selepas kelakuannya yang mencurigakan disedari pengawal keselamatan di sebuah stesen kereta api laju.

Sebaik ditahan dan siasatan dijalankan, doktor di hospital berdekatan itu didapati menggunakan pen intip untuk merakam video tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku di Stesen JR di sini ketika wanita berkenaan sedang menaiki eskalator.

Kata polis, Takahiro Ishii mengekori wanita berusia 26 tahun itu menaiki eskalator dan menggunakan pen yang mempunyai kamera itu untuk merakam bawah skirt wanita itu.

Susulan kejadian pada Ahad itu, belum diketahui tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap doktor berkenaan.-JapanToday

curi rakam, skirt

Artikel Lain