Lari rumah, panjat bangunan kerana aktor pujaan - Dunia | mStar

Lari rumah, panjat bangunan kerana aktor pujaan

USIANYA baru mencecah 15 tahun, namun dia mengambil keputusan lari dari rumah di Madhya Pradesh semata-mata untuk bertemu jejaka pujaan hatinya di Mumbai.

Sebaik tiba di bandar Mumbai, remaja perempuan itu menjejak pangsapuri Galaxy di Bandra dan mula memanjat bangunan itu untuk bertentang mata dengan aktor kegilaan ramai - Salman Khan.

Hasrat peminat fanatik itu pelakon Bollywood itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila ditahan polis dan dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak.

Berasal dari Berasia, bandar berhampiran Bhopal meninggalkan rumah keluarganya pada Ahad untuk bertemu Salman Khan, kata Inspektor Kanan, Pandit Thackeray.

Remaja itu telah menaiki kereta api dari kampung halamannya sebelum tiba di Terminal Bandra pada Selasa.

"Gadis itu cuba memasuki kawasan pangsapuri itu menerusi pintu pagar utama, bagaimanapun telah dihalang pengawal keselamatan.

"Mengelak hasratnya tidak kesampaian, dia mula memanjat bangunan itu sebelum tindakannya telah dikesan pengawal keselamatan sama sebelum ditahan polis," kata pegawai polis berkenaan.

Remaja perempuan itu kemudiannya dibawa ke balai polis Bandra untuk siasatan lanjut.

Salman Khan , Bandra

Artikel Sebelum

Lupakan Yoga, kini AS ada kelas Doga

Artikel Berikut

Artikel Lain