Pemandu Meraung Langgar Lari Isteri, Anak Sendiri - Dunia | mStar

Pemandu Meraung Langgar Lari Isteri, Anak Sendiri

SEORANG pemandu yang ditangkap oleh polis kerana kes langgar lari terkejut apabila mengetahui bahawa individu yang dilanggarnya adalah isteri dan anak lelakinya sendiri, menurut laporan.

Pemandu terbabit, Zhang dilaporkan melarikan diri dari tempat berlakunya kemalangan dan tidak menyedari bahawa skuter elektrik yang dilanggarnya adalah milik isterinya.

Rakaman polis menunjukkan lelaki itu dibawa semula ke tempat kejadian dan dia dilihat menangis dan meraung.

Beberapa saksi yang bergegas untuk memeriksa kemalangan yang berlaku di jalan gelap di Zibo, wiilayah Shandong China Timur melaporkan melihat wanita dan kanak-kanak yang cedera.

Mereka menelefon ambulans dan polis selepas insiden itu yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam.

Pihak berkuasa segera membawa isteri dan anak Zhang ke sebuah hospital berdekatan, tetapi malangnya anak lelakinya diisytiharkan mati selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal.

Isterinya masih dalam rawatan intensif, kata polis wilayah Shandong dalam satu kenyataan rasmi.

Zhang yang ditangkap pada malam kejadian dan dibawa ke hospital berasa kesal dengan apa yang dilakukan terhadap isteri dan anaknya, menurut laporan.

Zhang mendedahkan kepada polis sebelum kejadian dia, isterinya dan anak lelakinya telah pergi ke rumah seorang saudara untuk makan malam pada malam itu.

Dia memandu van pulang ke rumah sementara isterinya membawa anaknya menaiki skuter.

Dia dilaporkan melanggar kedua-dua mereka dalam perjalanan pulang. -Mirror

langgar lari

Artikel Berikut

Ratusan Berbikini Main Ski

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini