suria

But, Seluar Dalam Habuan Pelatih Kelab Bola Sepak Terlibat Pelacuran

PELATIH remaja kelab bola sepak Argentina, Independiente didapati terperangkap dalam kegiatan pelacuran bawah umur.

Pemeriksaan juga mendapati kumpulan atlet berkenaan hanya ditawarkan habuan seperti but dan seluar dalam.

Pendedahan mengejutkan ini berlaku susulan seorang remaja berusia 17 tahun yang mendedahkan perkara itu kepada salah seorang pakar psikologi di kelab berkenaan.

Ujarnya, dia dan pemain-pemain lain yang berusia 19 tahun digalakkan supaya melacurkan diri kepada lelaki dewasa di kawasan kejiranan mewah di Buenos Aires.

Pendakwa raya, Maria Soledad Garibaldi telah diminta supaya berjumpa dengan lebih 50 remaja lelaki berusia antara 13 hingga 19 tahun bagi menyiasat dakwaan itu.

"Dalam ramai-ramai yang saya temui, tiga orang dari mereka memberi maklumat.

"Mereka ada didatangi individu berhubung perkara itu. Saya pasti mereka pun tahu ada sesuatu sedang berlaku," ujar Garibaldi.

Dalam pada itu, pengadil bola sepak, Martin Bustos dan peguamnya telah ditahan berikutan pembongkaran skandal ini yang menarik perhatian pihak berkuasa.

Malah, peguam suspek juga dikatakan telah memusnahkan sebuah telefon bimbit bagi menghapuskan bukti.

Garibaldi juga tidak menolak kemungkinan kes berkenaan turut berlaku dalam kelab-kelab lain.

Jurulatih Independiente, Ariel Horan bagaimanapun mengakui tidak terkejut dengan pendedahan itu.

"Ianya sesuatu yang disorokkan seperti masalah lain dalam masyarakat kita. Sama sahaja seperti kes dadah, alkohol dan penyeludupan manusia.

Menurut seorang peguam yang berkhidmat secara sukarela bagi kes rogol, Andres Bonicalzi, dia  berpendapat pelatih yang tinggal jauh dari keluarga paling mudah untuk dieksploitasi.

Untuk rekod, Indipendiente merupakan kelab keempat paling berjaya dalam sejarah Argentina dengan 16 kemenangan peringkat kebangsaan, berada di belakang kelab River Plate dengan 36 kemenangan, Boca Junior (32) dan Racing (17).

Mereka juga pernah memenangi kejohanan benua Copa Libertadores, kejohanan di Amerika Selatan yang setaraf dengan Liga Juara UEFA. - Bangkok Post

Argentina, Independiente

Artikel Berikut

Gempa Bumi Gegar Papua

Artikel Lain