suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi Gegar Papua

NEW YORK: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 telah menggegar perairan Pulau New Britain di Papua New Guinea dan mencetuskan amaran tsunami bagi kawasan sekitarnya, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Khamis.

Bagaimanapun, tiada laporan berhubung kemalangan jiwa atau kemusnahan susulan gempa itu, yang pada mulanya dilaporkan bermagnitud 7.2 dan berlaku berhampiran kawasan pantai.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC), yang berpangkalan di Hawaii, telah mengeluarkan amaran berhubung ancaman di beberapa bahagian di barat daya Pasifik.

Ombak Tsunami setinggi 30 sentimeter hingga 1 meter di atas aras pasang surut telah diramal berlaku di beberapa kawasan di Papua New Guinea.

"Agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi kawasan pesisir yang terancam perlu bertindak memaklum dan memberi arahan kepada penduduk yang berisiko," kata PTWC.- Bernama

Gempa Bumi, Papua New Guinea

Artikel Lain