suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengacara TV Lumpuh Dibiar Dalam Pesawat Kosong

Sophie Morgan. Foto Instagram

SEORANG pengacara televisyen yang merupakan orang kurang upaya (OKU) terkandas di dalam sebuah pesawat selama 40 minit selepas kakitangan membawa keluar kerusi rodanya.

Sophie Morgan, 33, dibiarkan menunggu selama 40 minit di dalam pesawat yang kosong sebaik mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada pagi Selasa.

Morgan lumpuh separuh badannya selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2003.

Dia memuat naik gambar dirinya di dalam pesawat yang kosong itu di laman sosial Twitter.

Tulisnya: "Apa gunanya? Tolonglah melayan kami dengan lebih respek. Kakitangan anda sangat membantu tetapi sistem secara keseluruhannya menyedihkan."

Seorang jurucakap kepada Gatwick berkata, mereka memohon maaf di atas layanan yang diberikan kepada Morgan. - Mirror UK

Artikel Lain