suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Drive-Thru' Beli McDonald Naik Kuda

Foto kredit: Picture: SWNS

SEORANG pelanggan yang membuat percubaan untuk membeli makanan menerusi perkhidmatan Drive-Thru dengan menaiki seekor kuda bagaimanapun tidak dilayan staf bertugas.

Menerusi kejadian di restoran makanan segera McDonalds di Beccles, Suffolk, dia diarahkan supaya turun dari kuda jika mahu urusan pembeliannya dilayan.

Lelaki itu yang mahu mendapatkan kopi tidak membantah arahan staf sebelum turun dan mengikat kudanya di kawasan parkir kenderaan.

Jason Barret, 43, saksi kejadian itu berkata, dia terpaku kerana jarang melihat perkara seperti itu.

"Saya tengok orang lain tak hiraukan pun, saya sahaja yang teruja. Mungkin mereka sudah biasa.

"Dalam kejadian lebih kurang pukul 1 tengah hari pada Khamis, saya tengok kuda tu menunggu pemiliknya yang membuat pembelian sebelum mereka beredar bersama," ujar Jason.

Dalam pada itu, pihak McDonalds berkata mereka tidak menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang melucukan.

"Laluan Drive-Thru dibina untuk pengguna yang menaiki kenderaan bermotor dan tidak sesuai untuk kuda.

"Krew kami menasihati lelaki itu supaya menghormati polisi dan menjemput dia masuk ke dalam restoran."

McDonald, Naik Kuda

Artikel Lain