suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Berbikini 'Enggan' Berganjak Dari Majlis Kahwin

Sekumpulan tetamu menyaksikan upacara perkahwinan di tepi pantai, berhampiran lokasi seorang wanita sedang berjemur. Foto Instagram

SEORANG wanita berbikini yang sedang berjemur di tepi pantai didakwa enggan beredar dari lokasi begitu hampir dengan sebuah majlis perkahwinan.

Sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram menjadi tular, menunjukkan seorang wanita yang baring dalam keadaan meniarap di atas tuala.

Sekumpulan tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan menyaksikan upacara satu pasangan disatukan sebagai suami isteri di Port Willunga, dekat Adelaide, Australia.

Wanita itu didakwa mencemarkan majlis yang diadakan untuk meraikan pengantin baharu, apabila berkeras untuk berjemur bagi menggelapkan kulitnya. 

Insiden tersebut dirakamkan oleh seorang wanita tempatan yang dimuat naik di akaun Instagram.

Keterangan gambar berkenaan menyebut: "Situasi yang kekok apabila majlis perkahwinan di pantai dicemari oleh sesi menggelapkan kulit."

Individu yang merakamkan gambar itu memberitahu Daily Mail Australia bahawa dia beranggapan wanita terbabit tertidur semasa upacara perkahwinan berlangsung.

"Wanita itu hanya satu meter dari lokasi mereka, sungguh lucu," tambahnya. - Mirror UK

bikini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain