suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat Terlupa, Budak 3 Tahun Mati Kesejukan

Zakhra Rzayeva dipercayai maut akibat kesejukan di luar taska. Foto Mash/East2west News

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut akibat kesejukan di luar sebuah taska di Moscow, Rusia selepas gurunya terlupa untuk membawanya masuk ke dalam pusat itu selepas waktu rehat.

Mayat Zakhra Rzayeva ditemui di belakang longgokan salji di taman permainan di taska berkenaan, dengan suhu ketika itu kira-kira -5 darjah celsius.

"Guru taska terlupa kanak-kanak perempuan tiga tahun itu di luar selepas bersiar-siar," lapor media Mash yang memetik sumber di taska tersebut.

"Mereka hanya menyedari tentang budak itu selepas dua jam," tambah sumber.

Siasatan dilancarkan membabitkan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia berhubung kematian kanak-kanak itu.

Guru-guru dan kakitangan taska disoal siasat, namun ibu bapa mangsa masih dalam keadaan tertekan untuk memberikan keterangan. - Mirror 

Artikel Lain