suria

Takut Beg Tangan Dicuri, Wanita Masuk Mesin X-Ray

SEORANG wanita bertindak memasuki mesin pengimbas X-ray di stesen kereta api hanya kerana bimbang beg tangannya mungkin dicuri.

Anggota keselamatan terkejut apabila melihat imej seorang wanita ketika memantau skrin imbasan X-ray.

Insiden pelik itu berlaku pada 11 Februari lalu di sebuah stesen kereta api di Dongguan, wilayah Guangdong di selatan China, menurut Pear Video.

Imej luar biasa itu menunjukkan seorang penumpang wanita, masih memakai kasut tumit tinggi, dalam keadaan berlutut di trek barang untuk diimbas pemeriksaan.

Rakaman Video Pear turut menunjukkan wanita berkenaan memanjat keluar dari mesin X-ray selepas itu.

Dia kemudian memeriksa beg tangannya dan beg lain kepunyaannya sebelum beredar dari tempat pemeriksaan. - Mail Online

X-Ray

Artikel Lain