suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Replika Tiga Anak Anjing Terkecil Dunia Duduk Atas Mata Pensil

SEORANG artis dari Taiwan replika mini anjing terkecil di dunia untuk menyambut Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Lelaki itu menghasilkan tiga ekor anak anjing yang berukuran 0.0099 sentimeter yang muat diletakkan di hujung mata pensil.

Replika itu adalah simbolik kepada Tahun Anjing yang bermula pada Jumaat ini.

Chen Forng-Shean menghasilkan replika mini yang diinspirasikan oleh zodiak dalam kalendar Cina untuk tempoh lebih 20 tahun.

Katanya kepada Reuters: "Kesukaran menghasilkan anjing ini adalah setiap satu berukuran satu milimeter dan perlu menggunakan kanta pembesar, jarum tajam dan pisau kecil untuk mengukirnya.

"Ketika mengukir empat kaki dan kepala anjing itu, saya selalu gagal. Hampir 10 kali cubaan untuk menghasilkannya. Tiga ekor anjing ini adalah hasil kerja yang memuaskan hati saya."

Zodiak kalendar Cina mempunyai 12 haiwan termasuk naga, harimau dan monyet.

Bayi yang dilahirkan pada Tahun Anjing dipercayai akan menjadi seorang yang setia, rajin, sedikit degil dan sensitif.

Antara figura awam yang lahir pada Tahun Anjing ialah Bill Clinton, George W Bush dan Donald Trump. - Newsweek

Tahun Anjing, Tahun Baru Cina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Baling Telefon Nak Lepas Geram

Artikel Lain